Siasat ‘kehilangan’ RM3b royalti T’ganu
Misteri “kehilangan” RM3 bilion wang royalti petroleum Terengganu dilaporkan kepada polis selepas ia disyaki melibatkan penyelewengan dan rasuah.
“Saya percaya telah berlaku suatu penyelewengan dalam pengurusannya dan ia mempunyai unsur-unsur jenayah yang perlu disiasat,” kata Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) dalam aduannya hari ini.
“Sebagai rakyat Terengganu, saya mempunyai hak dan tanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak polis tentang kehilangan RM 3 bilion tersebut yang merupakan kehilangan wang secara misteri yang tidak sepatutnya berlaku di dalam pentadbiran sesebuah kerajaan yang amanah,” kata pengerusi Mampat, Mohd Fauzi Abu Samah.
Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu pagi tadi.
Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Fauzi menambah, keraguannya timbul selepas membaca kenyataan beberapa pihak di akhbar baru-baru ini, termasuk menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Said dan bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh.
Kedua-dua tokoh ini dilaporkan tidak tahu-menahu “kehilangan” wang sejumlah itu selepas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Amirsham Aziz mendedahkan di Dewan Rakyat minggu lepas bahawa negeri itu menerima RM7.3 bilion daripada Petronas.
Ahmad dilaporkan berkata Terengganu menerima RM4.3 bilion sahaja selama tiga tahun bermula 2004, selepas kerajaan negeri berjaya ditadbir semula oleh BN daripada PAS.
Sementara Idris, yang memimpin negeri itu dalam tempoh tersebut, pula mendakwa beliau tidak mengetahui jumlah sebenar wang kerana ia diuruskan oleh kerajaan Persekutuan.
Beliau dilaporkan berkata, kerajaan negeri “hanya dimaklumkan sebanyak RM1.3 bilion diberikan kepada Terengganu pada setiap tahun” dalam tempoh tersebut.
“Kita juga tidak pernah diberikan maklumat mengenai jumlah sebenar wang itu dibelanjakan dan baki yang ada,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Fauzi berkata Mampat akan membuat aduan isu tersebut kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak lama lagi.
Badan gabungan ini turut melancarkan ‘Kempen Selamatkan Royalti Terengganu, Kembalikan Hak dan Maruah’ di Kuala Terengganu pada Sabtu ini.
“Riben hitam putih dan pelekat percuma akan diedarkan di samping mengambil tandatangan sokongan daripada rakyat Terengganu,” katanya.
“Mampat juga bercadang mengembangkan kempen ini ke seluruh negara khususnya kepada anak Terengganu di Lembah Klang. Mampat mengalu-alukan keterlibatan NGO atau individu yang sedia bekerjasama bagi menjayakan kempen ini.”
Mampat antara kumpulan penting berkempen untuk Ahmad dan menyokong pihak istana ketika wakil rakyat Kijal itu berdepan dengan krisis perebutan jawatan menteri besar Mac lalu.
Sebulan selepas dilantik menteri besar, Ahmad menggesa wang royalti 5 peratus diserahkan kembali kepada Terengganu daripada kerajaan persekutuan.
Wang ini ditadbir kerajaan pusat mulai 2000 dengan nama Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih popular disebut “wang ehsan”.
JOM MURTAD DARI UMNO!
Para ahli totok UMNO sering menyamakan yang UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO. Sekiranya dilihat dari perlembagaan, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Dengan sendirinya UMNO itu Islam.
Begitulah konsep ketuanan Melayu menjadi perjuangan UMNO dulu, kini dan selamanya. Walaupun dari segi perjuangan sebenarnya adalah KETUANAN UMNO di muka bumi tanah Melayu.
Setelah UMNO (original) dikuburkan oleh mahkamah dan UMNO (Baru) dilahirkan, masih sahaja propaganda yang keduanya adalah satu dan sama dicanangkan dengan menyambut ulangtahun UMNO (original) yang sudah tiada di muka bumi.
UMNO bukan agama, malah agama pun ada yang boleh keluar masuk sebagai penganut. UMNO mahu jadi lebih dari agama dan lebih dari Melayu walaupun nama UMNO itu sendiri bukan bahasa Melayu dan tidak semua penganutnya orang Melayu (seperti isteri presiden) dan Islam.
Sehingga dulu, kini dan selamanya menjadi slogan yang sekali pandang memang boleh memesongkan akidah. Masuk kubur nanti tiada pertanyaan, “Apakah nombor keahlian UMNO anda?”
Para kepimpinan elit dari golongan dinasti UMNO yang kini dalam generasi kedua atau ketiga mahu terus memegang kuasa ketuanan parti. Anak Tun Razak sekarang di kerusi nombor dua, cucu Onn Jaafar juga menanti giliran, di ikuti menantu presiden sekarang yang meneruskan obor keluarga dengan matlamat menjadi presiden dan PM sebelum berusia 40.
Tidak lupa anak kepada bekas presiden yang sudah murtad dari UMNO baru-baru ini. Peliknya, si bapa yang menjadi presiden selama 22 tahun telah disahkan murtad dari UMNO, manakala anak yang mahu merebut kerusi pemuda masih menganut ideologi UMNO.
Bermakna bekas Presiden dan PM Malaysia tersebut, Tun Mahathir gagal dalam meyakinkan anaknya sendiri untuk sama-sama mengistiharkan kemurtadan serta-merta. Walau lantang menyarankan ramai lagi penganut parti UMNO sama-sama murtad sementara iaitu sehingga imam besar Hadhari jatuh tergolek.
Sejarah mencatat yang kesemua presiden UMNO Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Hussien Onn, kecuali Tun Razak telah murtad dari UMNO .
Saya telah lama murtad dari UMNO, sejak tahun 1998. Menjadi ahli UMNO dalam tahun 1992 pun atas dasar terpaksa kerana surau yang kini masjid berdekatan rumah perlukan dana untuk pembesaran. Kerajaan Selangor waktu itu memberi syarat akan memberi dana dalam setengah juta ringgit sekiranya cawangan UMNO setempat berjaya mendapatkan 300 ahli baru.
Maka saya tandatangan sahaja borang bersama isteri, ibu dan anak-anak saudara. Tidak pun aktif dan hadhir mesyuarat. Selepas masuk TV3 sebagai ‘orang kita’, ada juga aktif sekejap sebelum mendapati UMNO (masa itu di Rompin bawah bekas menteri yang dituduh meraba punggung pelayan) memang cukup parah dengan rasuah, penyelewengan, hasad dengki, cantas-mencatas dan membuang masa apabila survival perut adalah perjuangan ‘ketuanan’.
Sebaik DSAI dibuang dan dimalukan oleh UMNO, saya bersama Zulkifli Noordin sama-sama murtad dari UMNO. Tidak seperti Zulkifli yang pernah aktif dalam UMNO dan kini MP untuk PKR di Kulim Bandar Baharu, saya tidak menyertai mana-mana parti, hanya sebagai penyokong PAKATAN RAKYAT.
Dengan kemurtadan Tun Mahathir, samalah taraf saya dengan dia dan lain-lain presiden UMNO sebelumnya, MURTAD DARI UMNO. Tidak seperti Tun Mahathir, saya tidak sementara taraf kemurtadannya.
Mungkin murtad dari UMNO dulu, kini dan selamanya!
Sikap kerajaan terhadap syarikat ladang Halliburton dipersoal
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) hari ini menimbulkan persoalan adakah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memikirkan perasaan orang Islam di negara ini, berhubung syarikat Halliburton Manufacturing and Technology (M) Sdn Bhd yang membuka kilang di Johor, sedangkan ia merupakan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Zionis, yang meluaskan penjajahan di Iraq, Palestin dan Mesir.
Beliau ketika mengemukakan soalan tambahan, di Dewan Rakyat, turut membangkitkan persoalan adakah kerajaan menerima tekanan dari Amerika Syarikat untuk membenarkan kilang syarikat itu dibuka.
“Adakah kementerian menerima tekanan dari AS atau tidak mempunyai pilihan lain dalam urusan pelaburan negara, sedangkan syarikat ini berkait dengan penjajahan Zionis di Iraq, Plstin dan Mesir?” soal beliau.
Menjawap soalan tersebut, Timbalan Menteri, Dato’ Jacob Dunggau Sagan, berkata kerajaan memang sentiasa mementingkan prinsip-prinsip yang dijalankan untuk membangunkan negara ini termasuk prinsip Islam dan etika.
Bagaimanapun katanya, kerajaan juga ingin melihat negara ini dibangunkan supaya industri yang berteknologi tinggi ini diadakan di negara ini dengan meluluskan beberapa syarikat lain dari Perancis, Norway, Ireland, dan negara-negara lain.
Dalam soalan asal, Dato’ Mukhriz Tun Mahathir (BN-Jerlun) meminta kementerian terbabit menyatakan sama ada kerajaan sedar bahawa syarikat Halliburton itu adalah pembekal senjata yang terbesar bagi tentera AS di Iraq, sekali gus melibatkan mereka dalam pembunuhan lebih 1 juta rakyat Iraq yang tidak bersalah dan bagaimana ia dibenarkan membuka kilang di Johor.
Jacob, dalam jawapannya berkata adalah menjadi dasar kerajaan untuk menarik dan menggalakkan pelaburan, termasuk pelaburan asing dalam industri-industri yang terpilih dan berteknologi tinggi.
Beliau juga berkata keputusan kerajaan untuk membenarkan syarikat terbabit membuka kilang di Johor merupakan satu keputusan yang dibuat berasaskan faedah terkumpul yang boleh diperolehi dari pelaburan tersebt.
“Kementerian juga telah dimaklumkan bahawa Halliburton sudah tidak terlibat lagi dengan apa-apa perkhidmatan dan peralatan yang dikaitkan dengan ketenteraan sejak awal 2007, iaitu sebelum kelulusan lesen pengilang diberikan,” jelas Jacob lagi.
Apa Sebenarnya Di Sebalik Ladang Percaturan Mahathir?
Oleh Raja Petra Kamarudin
Menteri Pertahanan Najib Tun Razak dan bukannya Timbalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi adalah merupakan pilihan Dr Mahathir sebagai pengganti beliau, kata orang dalam UMNO yang begitu tertekan yang telah saya temui di sebuah kedai kopi yang tersorok di pinggir Kuala Lumpur. Mahathir memang sudah bersiap sedia untuk berundur pada akhir tahun ini, bukannya pada tahun hadapan.
“Anda pasti tidak diekori oleh sesiapa?” tanya orang dalam ini, sambil menoleh ke belakang sekali sekala.
“Tentu tidak!” jawab saya. “ Apa sebabnya saya mesti diekori?”
“Siapa tahu? Anda seorang tahanan ISA. Saya yakin pihak Cawangan Khas (SB) memperhatikan pergerakan anda.”
“Jangan takut,” saya yakinkan dirinya. “Saya telah pastikan sendiri dengan mundar-mandir dahulu dengan motorsikal saya untuk mengelakkan mereka.”
“Pastikan anda tidak menyebut nama saya,” kata dia dengan serius sekali lagi. “Semasa anda membuat laporan mengenai ABIM anda berkata: ‘Seseorang yang rapat kepada mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.’ Ini satu kenyataan yang berbahaya.
Sesiapa sahaja boleh meneka siapa yang anda maksudkan walaupun anda tidak menyebut namanya.
“Jangan risau,” kata saya meyakinkan dia lagi. “Saya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.”
”Mahathir tidak berniat mahu bersara selepas Oktober 2003,” kata orang dalam UMNO itu selepas dia capai ketenangan. “Dia tidak diberikan peluang untuk menyudahkan ucapannya.
Mereka telah menyerbu dan mengelilinginya dan mengiringi beliau untuk berundur daripada pentas. Kalaulah Mahathir dibenarkan menyudahkan ucapan beliau, dia tentu membuat pengumuman bahawa dia mahu bersara pada akhir tahun ini dan bukannya pada akhir tahun hadapan.
“Kenapa Mahathir mahukan satu tempoh peralihan yang lama? Beliau pernah berkata dalam satu temubual bahawa ini akan membuatkan dia laksana seekor itik tempang.”
“Apakah anda fikir bahawa pengumuman Mahathir untuk bersara itu adalah sesuatu yang spontan dan ‘impromptu’? Bukankah dia membaca teks yang disediakan ketika membuat pengumuman itu. Itulah pengumuman yang sudah dirancang terlebih dahulu. Itulah yang telah tertulis dalam ucapannya.”
”Mereka telah siarkan ucapan pembukaan beliau secara penuh. Tetapi mereka tidak siarkan ucapan penutup beliau. Kenapa? Kerana ini akan menunjukkan pengumuman peletakan jawatan beliau itu telah tertulis dalam ucapan beliau dan bukannya spontan. Ahli keluarga beliau memang sudah mengetahuinya. Begitu juga Daim.”
”Hmm. Macam mana anda tahu?” Ladang menjadi semakin intrig.
“Daim hadir masa majlis pembukaan? Tetapi dia tidak ada di sana semasa majlis penutup ketika Mahathir sepatutnya mengumumkan persaraannya. Daim sudah tahu Mahathir akan membuat pengumuman itu. Itu sebabnya dia tidak hadir. Semua itu sudah dirancang..”
“Itulah sebabnya Daim tinggalkan kerajaan. Dia bukannya dipecat oleh Mahathir, seperti yang semua orang sangkakan. Dia cuma mahu cabut dulu sebelum Mahathir berundur.”
“Ada pihak beranggapan bahawa Daim telah merana selepas dia dipecat oleh Mahathir. Orang-orang dia tidak pun merana. Daim telah menyelamatkan mereka. Kerajaan telah mengambil alih semua syarikat kendalian mereka. Mereka tidak pun didenda ataupun dihukum kerana mereka semuanya orang Daim. Malahan kerajaan telah membantu mereka bebas daripada hutang.”
“Sebelum kerajaan mengambil-alih syarikat kendalian mereka, mereka telah berhutang berbilion ringgit dengan bank dan tentunya tidak mampu mereka lunaskan. Kini mereka menggengam beratus juta wang tunai. Mereka tidak pun dihukum, malahan diberikan anugerah lagi. Mereka bukannya kehilangan syarikat mereka. Mereka cuma kehilangan hutang-piutang sahaja.
Mahathir dan Daim telah membuat ketentuan agar semua sahabat handai dan ahli keluarga diselamatkan sebelum Mahathir bersara. Daim yang pergi dahulu. Kemudian semua kroni diselamatkan. Setelah semua pihak terselamat, Mahathir pula yang bersara.”
“Bukankah Mahathir sendiri pernah berkata betapa dia telah lama berfikir mahu melepaskan jawatannya? Dia cakap perkara itu ketika semua orang menyerbu pentas sejurus beliau menyatakan persaraannya. ‘Lama dah katanya.’ Ini bukan satu tindakan tergesa-gesa ataupun yang spontan.”
“Anak lelaki Mahathir pun ada menyebut bahawa persaraan bapanya adalah benar dan dia tidak akan berpatah-balik. Malahan Ku Li pun pernah diberitahu perkara ini. Mahathir mahu Ku Li menyokong pilihannya sebagai pengganti. Tetapi Paklah dan orang lain tidak diberitahu.”
“Pada malam itu mereka telah adakan satu mesyuarat tergempar dan Mahathir telah memarahi Paklah kerana membuat pengumuman yang dia sudah bersedia bersara selepas 25 Oktober tahun hadapan. Pada mulanya Paklah memberitahu pihak akhbar tarikhnya ialah 25 Oktober. Kemudian dia kata pula bahawa tarikh yang pasti belum ditentukan, tetapi tarikhnya adalah selepas 25 Oktober. Ini sesuatu yang tidak pasti dan menunjukkan bahawa tarikh itu tidak pun dipersetujui.”
“Mahathir sudah naik muak dengan orang Melayu UMNO untuk satu waktu yang lama. Keseluruhan ucapannya pada Persidangan UMNO itu ialah membelasah Melayu UMNO.”
“Dia tidak mengutuk orang Melayu PAS. Dia telah bercakap mengenai orang Melayu yang mendapat kontrak, projek dan permit tetapi menjual semua itu untuk mendapat wang yang cepat. Melayu jenis manakah semua itu? Melayu UMNO! Melayu PAS tidak boleh dapat kontrak, projek ataupun permit daripada kerajaan. Hanya Melayu UMNO yang boleh. Dia memang naik muak dengan Melayu UMNO.”
“Mahathir bukannya cuba menyedarkan orang Melayu UMNO daripada kealpaan mereka. Dia telah memberikan ucapan selamat tinggal kepada mereka, dan memberitahu kenapa dia meninggalkan mereka. Dia memberitahu mereka betapa dia naik mual dan kerana itu meninggalkan mereka. Dia tidak mahu ada pertalian lagi dengan orang Melayu UMNO.”
“Mungkin Mahathir mahu berikan masa yang secukupnya kepada Abdullah Badawi menangani tugasnya,” kata saya. “Itu sebabnya dia membuat keputusan supaya tempoh peralihan itu memakan masa 16 bulan.”
“Siapa kata Mahathir mahu Paklah menggantikan beliau?”
”Cuba sebut sekali lagi?” Kenyataannya itu telah mengejutkan saya. “Kalau begitu siapa yang dia mahu menggantikannya?”
“Najib!”
“Najib?” Saya tidak percaya apa yang telah saya dengar. “Macam mana anda boleh kata begitu? Bukankah Abdullah Badawi orang nombor dua?” Secara tradisinya dialah yang menjadi pilihannya.”
“Sejak bila Mahathir patuh kepada tradisi? Tengoklah sejurus dia mengumumkan persaraannya, dia telah memanggil Najib untuk bercakap secara peribadi. Dia minta semua orang keluar dan menghabiskan 40 minit bersendirian dengan Najib. Apa perlunya dia berbuat demikian? Inilah caranya Mahathir mengatakan yang dia memilih Najib.”
“Seandainya demikian, kenapa Mahathir tidak mengumumkan nama Najib sebagai pilihannya sebagai pengganti?’ tanya saya. “Kenapa berkias-kias sahaja?”
“Mahathir tidak boleh sebut perkara ini secara terbuka. UMNO tidak akan dapat menerimanya.. Kalau dia berbuat begitu dia memudahkan Najib untuk dibunuh. Mahathir tidak mahu membunuh Najib. Dia mahu Najib mengambil-alih kuasa.”
”Paklah bukan mudah diterima oleh semua orang lain. Rais Yatim yang menganggap dirinya seorang intelek tidak akan dapat menerima Paklah sebagai bosnya. Dia memandang rendah terhadap Paklah. Dia anggap Paklah seorang yang tidak berguna (nincompoop).
”Bukankah Mahathir yang memilih Abdullah Badawi, sebagai orang nombor dua? Kenapa pula Mahathir sekarang ini tidak mahukan beliau sebagai pengganti? “ Saya tanya kerana keseluruhan perkara itu sudah semakin mengelirukan.
“Mahathir telah memilih Paklah kerana menganggap beliau yang paling selamat. Mahathir tidak menganggap beliau satu ancaman. Dia tahu Paklah tidak akan menguis dia ke tepi ataupun mengambil alih sebelum dia belum sedia mahu pergi. Paklah pun bukannya menang jawatan itu. Dia bukan pun terpilih. Dia telah dilantik oleh Mahathir. Itu sebabnya amat sukar untuk mereka menerima Paklah.:”.
”Tetapi Mahathir sudah sedar bahawa Paklah tidak boleh menangani tugasnya. Apakah anda sedar Paklah tidak pun membaca kertas Kabinetnya. Kebanyakan waktu menunjukkan dia tidak tahu-menahu apa yang berlaku di kementeriannya.”
“Masih ingatkan anda ketika anda, Ezam dan orang lain yang ditangkap di bawah ISA tahun lalu? Paklah telah ditanya di Parlimen apakah kalian semua ditangkap di bawah ISA dan dia telah menafikannya. Dia berkata kalaulah anda ditahan di bawah ISA tentulah dia tahu dahulu kerana dia yang menandatangani dokumennya. Oleh kerana dia tidak sain dokumen tersebut, tentulah tidak ada penangkapan di bawah ISA.”
“Bukannya Paklah berbohong ataupun cuba menyorok sesuatu mengenainya. Di memang tidak tahu-menahu. Sebagai seorang menteri bagaimana mungkin dia tidak tahu apakah dia ada menandatangani sebarang dokumen? Dia hanya perlu menandatangani dokumen itu selepas 60 hari seseorang itu ditahan dan dihantar ke Kamunting. Dia tidak perlu menandatangani apa-apa untuk menangkap sesiapa di bawah ISA. Itu kerja pihak polis. Dia tidak pun tahu-menahu perkara ini.”
“Paklah bukannya banyak membantu Mahathir, selama empat tahun yang lalu. Ketika Anwar menjadi orang nombor dua, Mahathir tidak pun menghadapi sebarang masalah. Anwar mengendalikan segala-galanya. Anwar menyelesaikan segala masalah. Sekarang selama empat tahun, semua masalah diletakkan di bahu Mahathir.”
“Ketika menjadi orang nombor dua, Anwar menghabiskan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 minit setiap pagi dengan Mahathir. Dia beri taklimat kepada Mahathir apa yang berlaku dan apa tindakannya ataupun yang mahu diambilnya. Mahathir mampu membiarkan Anwar melakukan segala-galanya, walaupun semasa Mahathir berada di luar negara. Anwar kerap menelefon beliau dan bercakap dengan beliau selama satu jam. Mahathir mendapat tahu apa yang berlaku di tanah air. Mahathir tahu negara dalam keadaan selamat.”
“Tetapi bukan begitu halnya dengan Paklah. Mahathir terpaksa melakukan segala-galanya sendirian. Paklah tidak pun mampu menguruskan kementerian beliau apa lagi menyelesaikan masalah Mahathir.”
“Mahathir tahu Paklah tidak mampu mengambil-alih kuasa. Tetapi dia tidak boleh kuis Paklah ke tepi dan lantik Najib di tempat itu. Kerana itu dia adakah temp-oh peralihan dan biarkan UMNO membuat pilihan, seperti yang dilakukannya kepada Ku Li dan Musa Hitam. Dia tidak pilih Musa sebagai orang nombor dua. Dia serahkan kepada UMNO untuk membuat keputusan. Tetapi dia menyokong Musa secara rahsia untuk menentukan Musa menang.”
“Dia akan lakukan perkara yang sama di sini. Dia akan biarkan UMNO membuat keputusan tentang penggantinya. Tetapi dia akan hantar isyarat bahawa dia mahukan Najib dan bukannya Paklah. Dengan demikian, UMNO yang membuat keputusan dan bukannya beliau. UMNO tahu Mahathir mahukan Najib dan bukannya Paklah. Kerana itu berlakunya siku-menyiku untuk dua jawatan tertinggi itu.”
“Adalah tidak selamat kepada Paklah seandainya UMNO memiliki tempoh peralihan yang singkat untuk peralihan kuasa seperti yang diingini oleh Mahathir. Kini, dengan adanya masa yang panjang, kedudukan Paklah menjadi lebih goyah. UMNO telah memberikan Najib masa yang panjang untuk merencana agendanya. Tempoh peralihan yang panjang itu bukan memihak kepada Paklah, tetapi ia membantu Najib.”
Hmm, tentunya ini satu perkara baru dalam drama persaraan Mahathir. Kalau apa yang diceritakan oleh orang dalam UMNO itu memang benar, bererti politik UMNO akan menjadi paling menarik sepanjang 16 bulan yang mendatang ataupun lebih kurang sepanjang tempoh itu.